Selepas digelar ‘tak ada hati perut’, Zahid cipta ‘plot twist’

Selepas digelar ‘tak ada hati perut’, Zahid cipta ‘plot twist’

Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencipta ‘plot twist’ dengan mempersoalkan adakah parti lawan benar-benar tidak mahu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan kerana bimbangkan banjir.

Beliau mendakwa, kononnya parti lawan sengaja menggunakan alasan tersebut sebagai muslihat untuk mengelak daripada perlu berdepan dengan penentuan rakyat.

Menurut beliau, majoriti rakyat hakikatnya sudah mengerti tentang agenda politik mereka yang songsang dan merosakkan serta tidak selari dengan nilai negara.

“Maka lawan BN masih membantah PRU15 membuktikan mereka masih lemah dan takut. Mungkin belum menemui hasutan pembohongan baharu yang mampu memperdaya fikiran rakyat.

“Justeru, alasan lawan BN PRU15 tidak boleh diadakan pada tahun ini kerana banjir haruslah dibaca bersama helah mereka untuk terus ‘membeli masa’,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Setelah dilabel sebagai Presiden ‘tak ada hati peurt’, Zahid tampil memperjelaskan ucapannya mengenai parti itu sanggup meredah banjir jika PRU15 diadakan tahun ini sengaja dimanipulasi kononnya BN tidak mempedulikan keselamatan rakyat.

Jelasnya, ucapan ketika majlis pelancaran Jentera Pemuda BN baru-baru ini adalah untuk memberi gambaran kepada Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob bahawa jentera parti telah pun bersedia untuk menghadapi PRU15 pada bila-bila masa walau apa jua keadaan dan situasi.

“Kita juga tidak mahu kemelut ‘tutup pintu depan, buka pintu belakang’ terus berlaku dalam pentadbiran kerajaan kerana yang menjadi mangsa adalah rakyat dan negara,” katanya.

Sedangkan beliau lupa, bahawa istilah kerajaan ‘tutup pintu depan, buka pintu belakang’ adalah ciptaan mereka dan rakan sekongkol mereka, BERSATU dan PAS.

Zahid kelihatan sedang menyusun peluru untuk tembak kaki sendiri.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )