Selangor buka Pusat Pemberian Vaksin besar-besaran

Selangor buka Pusat Pemberian Vaksin besar-besaran

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berbincang di PPV Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Ahad lalu tentang cara meningkatkan kadar vaksinasi di negeri tersebut.

Menurut laporan, Kerajaan Selangor bersetuju untuk membuka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berskala mega di sekitar negeri itu.

Mereka menerusi satu kenyataan bersama berkata, PPV berkenaan akan dibuka secara berperingkat bermula minggu kedua bulan Jun ini.

Dalam perkembangan lain, Amirudin dan Khairy turut berbincang berkenaan isu pendaftaran vaksin AstraZeneca tempoh hari.

Ujarnya, individu yang terkesan akibat penggantian janji temu vaksinasi AstraZeneca dan tidak bersetuju dengan perkara tersebut akan diberikan janji temu yang baharu.

Tambahnya, Kerajaan Selangor memaklumkan bahawa pihaknya melaksanakan pendaftaran vaksin AstraZeneca bagi individu yang mendaftar di bawah Program Outreach Imunisasi Covid-19 (Imunisel) bagi golongan tanpa akses digital mendaftar vaksin secara ‘offline’.

Namun begitu, tempahan slot vaksin AstraZeneca menerusi Imunisel dibuat secara sukarela atas persetujuan dan pemahaman setiap individu terhadap vaksin tersebut.

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )