Selangor bakal bubar DUN serentak dengan lima negeri lain

Selangor bakal bubar DUN serentak dengan lima negeri lain

Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari, mengumumkan negeri itu bersedia untuk melaksanakan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak bersama lima negeri termasuk negeri yang dinaungi PAS selewat-lewatnya selepas Aidilfitri tahun hadapan.

Beliau berkata, perbincangan akan dilakukan bersama Menteri Besar negeri yang terbabit iaitu Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan bagi memastikan Pilihan Raya Negeri (PRN) dapat dijalankan serentak.

“Kita pada asasnya bersetuju walaupun belum rasmi untuk bubarkan (DUN) bersama-sama.

“Ini sedikit sebanyak bagi menjamin pilihan raya yang lebih cepat dan sekiranya dibuat asing, kos akan bertambah.

“Bagaimanapun, kita akan tengok dulu keadaan Kerajaan Persekutuan, cuaca dan sebagainya sebelum membuat keputusan pembubaran,” katanya.

Tambah beliau, tarikh sebenar pembubaran akan ditetapkan selepas perbincangan dilakukan bersama lima negeri yang terbabit.

Amirudin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor turut memaklumkan asas enam negeri termasuk Selangor tidak membubarkan DUN sebelum ini juga disebabkan ada perbincangan secara tidak rasmi mengenainya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )