Selama ini PM guna nama palsu??

Selama ini PM guna nama palsu??

Berita paling kelakar dan menggelikan hati minggu ini adalah Perdana Menteri yang menggunakan nama palsu.

Keadaan ini mendorong Ahli Parlimen Pokok Sena Dato’ Mahfuz Omar ketawa sambil menyindir: “Ha … Ha … Ha … Rupanya selama ini kita ada fake PM”

Senario ini terjadi apabila tular satu memo bertarikh 3 Jun 2021 yang ditandatangani Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Dato’ Marzuki Mohamad dan ditujukan kepada semua pegawai dan kakitangan Kerajaan.

Memo tersebut menyatakan:

“Susulan pandangan Jabatan Peguam Negara, dimaklumkan penggunaan nama rasmi Perdana Menteri adalah seperti berikut: Mahiaddin bin Md Yasin atau Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yasin..

“Sehubungan itu, semua urusan surat menyurat dan dokumen rasmi kerajaan yang memerlukan penggunaan dan tandatangan atas nama Perdana Menteri hendaklah menggunakan nama rasmi Perdana Menteri seperti di atas.

“Arahan ini berkuat kuasa serta merta,” menurut memo itu.

Pemimpin AMANAH, Pasir Salak, Dato’ Tarmizi Mohd Jam bertanya di facebook:

“Sudah jadi PM baru sedar guna nama palsu. Kenyataan ini betul ke palsu? Macam mana segala urusan semasa jadi Menteri, TPM dulu dan sekarang jadi PM? Bagaimana segala dokumen, watikah dan surat-surat berkait dengan kuasa selama ini? Sah diperlakukan atau batal. Amacam?

Patutlah negara jadi cacamerba.

Kita ada Perdana Menteri yang nama sendiri pun tak mahu guna.

 

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )