Sekatan tegas kepada penolak vaksin perlu

Sekatan tegas kepada penolak vaksin perlu

Kerajaan dijangka membuat pengumuman mengenai kelonggaran untuk penerima dua dos vaksin minggu ini, namun timbul persoalan apakah pula langkah ‘tegas’ ke atas individu yang masih berdegil untuk tidak mengambil vaksin.

Beberapa pihak sebelum ini mengaitkan keengganan mengambil vaksin sebagai hak asasi dan pilihan individu, bagaimanapun kemaskini Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 mendapati jumlah rakyat Malaysia yang berdaftar setakat 18 Julai ialah seramai 19,023,202 orang.

Ini bermakna negara masih kekurangan kira-kira tujuh juta lagi pendaftar dan penerima vaksin bagi mencapai komuniti kelompok 26 juta orang.

Bagi individu yang ‘berkeras’ enggan mengambil vaksin Covid-19, pakar kesihatan mencadangkan tentang kemungkinan kelompok ini perlu berdepan dengan sekatan tertentu kerana bakal mendatangkan risiko kepada pihak lain.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr Mohd Dzulkhairi Mohd Rani berkata, kerajaan atau pihak berkuasa perlu mengemukakan sekatan tertentu contohnya larangan memasuki premis dan tempat awam.

“Pada masa hadapan, perlu ada sekatan ketat. Sebagai contoh, kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan kepada sesiapa yang enggan mengambil suntikan vaksin tidak boleh mengerjakan umrah dan haji.

“Selain itu, mereka juga memutuskan larangan kemasukan ke pusat beli-belah terhadap individu yang tidak menerima vaksin Covid-19 mulai 1 Ogos ini. Perkara ini wajar dilakukan untuk melindungi ramai orang,” katanya.

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )