Sekarang bukan masanya PRU

Sekarang bukan masanya PRU

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak sesuai diadakan dalam tempoh terdekat ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi melahirkan kebimbangan kes jangkitan Covid-19 akan melonjak semula dalam negara sekiranya pilihan raya diadakan sekarang.

Menurut Dr Mahathir, jumlah kes baharu Covid-19 ketika ini masih meningkat sehingga mencecah 3,000 kes sehari.

“Jadi kita kena ingat Covid-19 ini tidak mudah kita tepis dan mungkin ada di mana-mana sahaja. Jadi kita perlu ingat tentang prosedur operasi standard (SOP) supaya kita tidak diserang sekali lagi.

“Mungkin ada pula nama jenis (varian) baharu yang akan menyerang kita. Saya ingat belum sesuai untuk PRU. Kita harus berjaga-jaga,” katanya.

Beliau berkata sedemikian kepada pemberita selepas Majlis Jamuan Hari Raya Parlimen Langkawi di Dataran Telaga Walk, Pantai Chenang, di sini, pada Isnin.

Dr Mahathir turut mengingatkan semua pihak supaya menjadikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sebagai pengajaran.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )