Saya ‘no komen’ tapi saya sangat kasihan dengan keadaan Sulaiman

Saya ‘no komen’ tapi saya sangat kasihan dengan keadaan Sulaiman

EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri Datuk Muhamad Jailani Khamis berpendapat, beliau tidak menolak kemungkinan sekiranya ada pihak yang cuba untuk menggugat kelancaran kepemimpinan Sulaiman Md. Ali ketika ini bakal menyebabkan kepercayaan dan sokongan rakyat kepada kerajaan akan terhakis.

“Pendirian saya, kita kena sokong Sulaiman sebagai Ketua Menteri kerana beliau seorang yang baik. Dia sangat sayangkan rakyat dengan menjaga kebajikan rakyat dan saya yakin rakyat sangat sayang dan suka kepada beliau,” katanya dalam satu kenyataan.

Ditanya sama ada wujud gerakan memaksa Sulaiman untuk menandatangani surat peletakan jawatan, Muhamad Jailani yang juga Ketua Penerangan UMNO Bahagian Alor Gajah enggan menjawabnya.

“Mengenai perkara itu, saya ‘no komen’ (tiada ulasan), tapi saya sangat kasihan dengan (keadaan) Sulaiman. Dia baik dan jenis pemimpin yang buat kerja. Saya kasihan dengan dia,” katanya.

Sebelum ini, terdapat ura-ura dakwaan dimuat naik di laman sosial Facebook kononnya Sulaiman dipaksa menandatangani surat peletakan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.

Perkara itu disahkan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah Datuk Rospandi Leman, namun dinafikan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )