Saya mohon maaf YB Yeo Bee Yin- Jamal Pak Tongkol

Saya mohon maaf YB Yeo Bee Yin- Jamal Pak Tongkol

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Jamal Md Yunos mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada bekas Menteri Sains dan Alam Sekitar Yeo Bee Yin.

Permintaan maaf Jamal itu sebahagian daripada penyelesaian dalam tuntutan saman kerana memfitnah Yeo.

Jamal membacakan permintaan maaf daripada pernyataan yang telah disediakan di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pagi tadi di hadapan wartawan dan pegawai media yang lain.

“Saya sekarang mengakui bahawa YB Yeo Bee Yin seorang yang jujur dan telus dalam pengurusan wang Skim Mesra Usia Emas.

“Saya ingin memohon maaf kepada YB Yeo Bee Yin atas kesilapan saya ini. Saya minta maaf, YB Yeo Bee Yin,” katanya.

Pada tahun 2017, Yeo memfailkan tuntutan di mahkamah terhadap Jamal atas tuduhan penyalahgunaan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas).

Yeo, yang juga ahli parlimen Bakri, tidak hadir di mahkamah hari ini.

Awal hari ini semasa prosiding Mahkamah Tinggi terbuka, Hakim Rohana Ali Yusof merekodkan penyelesaian antara pihak terlibat seperti yang disampaikan oleh peguam mereka.

Sebenarnya, daripada tindakan Jamal ini, jelas membuktikan bahawa yang suka memfitnah dan mereka cerita demi memburukkan parti lawan adalah golongan UMNO/BN.

Demi menutup kesilapan dan kebejatan mereka. Atau mereka fikir semua orang sama seperti mereka.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )