Saya masih Ketua Menteri Melaka!!

Saya masih Ketua Menteri Melaka!!

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menafikan sudah melepaskan jawatan susulan dakwaan kononnya beliau dipaksa menandatangani surat peletakan jawatan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu menegaskan, dakwaan terbabit tidak benar serta berniat mengganggu gugat kestabilan kerajaan negeri dipimpinnya.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya masih Ketua Menteri Melaka dan akan terus berkhidmat dengan sehabis baik dan sedaya upaya selagi mana dikehendaki oleh pucuk kepemimpinan (parti dan negara).

“Saya menafikan dakwaan bahawa saya sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka, ini adalah dakwaan yang berniat untuk mengganggu gugat kestabilan kerajaan negeri yang saya terajui selepas PRN Melaka ke-15,” katanya.

Ini adalah kenyataan rasmi beliau selepas isu paksaan supaya beliau melepaskan jawatan terbabit dibangkitkan media sejak minggu lalu.

Beliau berkata, isu seperti itu tidak sepatutnya timbul terutama ketika UMNO dan BN negeri sedang memberi fokus bagi memperkukuhkan usaha serta tenaga untuk merampas kembali kerusi Parlimen yang kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )