Saya kena pikul tanggungjawablah. Memang saya tidak dapat nafikan

Saya kena pikul tanggungjawablah. Memang saya tidak dapat nafikan

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan permintaan agar beliau berundur sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) hanyalah satu pandangan.

Namun begitu, pandangan yang dilontarkan itu tidak dilihat sebagai angkuh dan menimbulkan reaksi yang tidak baik dalam kalangan orang lain.

Beberapa pihak termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bilut dari DAP, Lee Chin Chen, mendesak Anwar berundur daripada menerajui gabungan parti pembangkang itu susulan kekalahan teruk PH pada PRN Melaka, Sabtu lalu.

PH hanya menang lima daripada 28 kerusi ditandingi, manakala semua 11 calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut tewas.

Anwar turut berkata, sebagai Ketua, beliau bertanggungjawab atas kekalahan PH dan menerima dua bekas ADUN UMNO bertanding pada PRN Melaka atas tiket PH.

“Saya kena pikul tanggungjawablah. Memang saya tidak dapat nafikan,” katanya.

Ketua Pembangkang itu turut berharap individu-individu yang mendesaknya meletakkan jawatan mencari punca sebenar mengapa PH menerima dua bekas ADUN UMNO dan mencalonkan mereka.

“Yang mengusulkan supaya empat orang itu menyokong PH adalah pimpinan PH Melaka, Ketua AMANAH (Parti Amanah Negara), Ketua PKR dan Ketua DAP. Peringkat awal, kita tidak setuju tetapi mereka yakin dengan cara ini dapat mengembalikan mandat PH.

“Kali kedua kita masih tidak bersetuju kerana kita kata orang-orang ini sesetengahnya belot kemudian. Kemudian bila bubar orang ini (dua ADUN UMNO) kata tidak berganjak walaupun dipelawa oleh UMNO.

“Sebab itu, bila bubar kita ada masalah. Macam mana kita boleh ketepikan dan buang begitu sahaja. Itu masalahnya, orang-orang ini tidak fikir itu semua,” jelasnya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )