Saya hanya lihat dia dari jauh, saya bukan ibu saudara Jho Low!!

Saya hanya lihat dia dari jauh, saya bukan ibu saudara Jho Low!!

“Saya dengan tegas mengatakan saya bukan ibu saudaranya. Bukan itu sahaja, malah saya juga tidak ada apa-apa kaitan dengannya.”

Bekas Setiausaha syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Goh Gaik Kim memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau bukan ibu saudara ahli perniagaan yang diburu pihak berkuasa, Low Taek Jho atau Jho Low.

Beliau yang merupakan Setiausaha syarikat 1MDB dari 31 Mac 2011 hingga 1 April 2016 menafikan dakwaan beliau mempunyai sebarang hubungan dengan Jho Low.

Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh Peguam Dato’ Sri Najib Tun Razak, Wan Aizuddin Wan Mohammed pada perbicaraan bekas Perdana Menteri itu terhadap pertuduhan penyelewengan dana 1MDB bernilai RM2.3 bilion.

“Sebenarnya pertama kali saya bertemu Jho Low ialah pada 2011 sebulan selepas saya menyertai 1MDB. Ketika itu saya sedang makan tengah hari dengan Pengarah 1MDB, Tan Sri Ong Gim Huat dan Radhi Mohamad.

“Saya rasa semasa dia sampai ketika itu, Radhi berkata ‘oh, itu Jho Low’, dan Tan Sri Ong bersama Radhi kemudiannya bangun dan pergi menyapanya. Saya cuma lihatnya dari jauh, pada masa itu saya tidak tahu siapa dia (Jho).

Apabila Peguam Wan Aizuddin menunjukkan gambar Jho Low, saksi itu berkata, beliau tidak cam dengan gambar itu kerana beliau hanya melihat wajah Jho Low dari jauh sahaja.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )