Saya hairan mana hilangnya Rosmah Mansor?? – Wan Saiful

Saya hairan mana hilangnya Rosmah Mansor?? – Wan Saiful

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan menyindir bertanyakan ke mana menghilangnya Rosmah yang sebelum ini dilihat seolah-olah menjadi liabiliti kepada imej Najib sebagai Perdana Menteri seperti pernah diakui bekas Pegawai Khas Rosmah, Datuk Rizal Mansor.

Beliau dilihat terus mengaitkan isteri Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan bahawa bekas Perdana Menteri berkenaan mempunyai pasukan tentera siber yang ramai untuk menyerangnya.

Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu secara sinis bertanyakan berapa juta dana pembiayaan yang Najib gunakan untuk ‘beribu cybertrooper’ jika Datin Seri Rosmah Mansor sahaja memperuntukkan RM100,000 sebulan untuk tujuan sama.

“Yang menariknya, setiap kali saya komen mengenai dia (Najib), maka beribu cybertroopers datang serang posting saya. Ramai sungguh team Najib Razak ni ya.

“Kalau isteri tersayang Datin Seri Rosmah Mansor dikatakan bayar RM100,000 sebulan untuk cybertroopers, agak-agak Najib bayar berapa juta sebulan ya?” soalnya dalam hantaran di Facebook yang dibanjiri hampir 2,000 komen selepas 15 jam dimuatnaik.

“Saya hairan juga mana hilangnya Rosmah Mansor. “Can I advise you something” dibuat di rumah saja. Bagus juga Rosmah ni. Patuh SOP (prosedur operasi standard),” perlinya lagi.

Mengulas lanjut, Wan Saiful menganggap Najib yang juga pesalah bagi tujuh pertuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International itu melakukan strategi mengalihkan isu dengan ‘menyembunyikan’ Rosmah.

“Ini pun strategi ‘diversion’. Bila Najib sembunyikan Rosmah, orang dah tak nampak Rosmah.

“Bila orang tak nampak, maka perlahan-lahan dia mahu media dan rakyat lupa mengenai kemewahan Rosmah. Maka perhatian akan ‘divert’ ke isu lain,” kata Wan Saiful lagi.

Dia turut menganggap Najib begitu tekun melakukan hasut maya (troll) terhadap beberapa individu dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang juga kerajaan dianggotai Ahli Parlimen Pekan itu sendiri.

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )