Saya boleh cam suara itu dan yakin 100% ia tulen!

Saya boleh cam suara itu dan yakin 100% ia tulen!

“Saya cuba mendengarnya 10 kali malam tadi, saya rasa saya boleh cam suara itu dan yakin 100 peratus ia tulen.”

Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa pada sidang akhbar pelancaran Blueprint Bandar Pintar Wilayah Persekutuan hari ini.

Ia susulan rakaman audio perbualan antara dua individu mirip suara Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang tular di media sosial sejak kelmarin.

Katanya, sebagai orang yang amat dekat dan rapat dengan kedua-dua tokoh politik itu, pengecaman suara di dalam audio tersebut bukanlah satu perkara rumit.

Menurutnya, kandungan percakapan antara kedua-dua individu berkenaan juga amat mengecewakannya.

“Saya bukan mempersoal kebebasan bercakap tetapi “content” percakapan itu jelas menunjukkan ada perancangan, kebersamaan dan perbincangan yang bercanggah dengan dasar ‘No Anwar, No DAP’ yang diputuskan parti,” katanya.

Beliau mendakwa, sememangnya wujud hubungan kerjasama politik antara UMNO dan PKR.

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )