Saya bangun tidur pagi ini, masih lagi Menteri Besar – Samsuri

Saya bangun tidur pagi ini, masih lagi Menteri Besar – Samsuri

“Saya bangun tidur pagi ini, masih lagi Menteri Besar,” kata Dr Ahmad Samsuri Mokhtar secara berseloroh ketika ditanya pemberita mengenai spekulasi kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Terengganu yang tular di media sosial ketika ini.

Ahmad Samsuri berkata, tidak timbul soal pertukaran Menteri Besar walaupun tersebarnya gambar 10 individu yang didakwa sebagai calon bagi menggantikan beliau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang itu turut menafikan berlakunya perpecahan dalam PAS hingga wujud spekulasi sedemikian.

Sementara itu, Ahmad Samsuri berkata, beliau menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan berhubung penularan berita tidak benar berkenaan.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Muhyiddin Abdul Rashid membuat laporan polis berhubung satu artikel disiarkan sebuah portal tempatan pada Selasa yang disifatkan sebagai fitnah terhadap Ahmad Samsuri.

Muhyiddin membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu kira-kira jam 4 petang Selasa.

Portal berkenaan mendakwa kedudukan Ahmad Samsuri kini tersepit antara masalahnya dengan pihak istana serta usaha pimpinan lain dalam PAS untuk mengambil alih tempat beliau.

 

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )