Saya akan dedah siapa buat gerakan tutup kebebasan bersuara

Saya akan dedah siapa buat gerakan tutup kebebasan bersuara

Ahli Jawatankuasa Pendidikan dan Mahasiswa Pemuda UMNO, Syed Mohd Syed Nasir, mempersoalkan sampai bila suara anak muda perlu disekat kerana mengkritik Presiden UMNO.

Syed Mohd mendakwa, beliau diberitahu oleh rakan-rakan Pemuda (UMNO) dari beberapa Bahagian negeri Johor mengenai kritikannya kepada Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan tindakan beliau untuk mengekalkan survival parti berkenaan.

“Saya diberitahu supaya berhati-hati kerana ada pihak sedang memproses serta giat melaporkan kesemua kritikan saya kepada pihak Lembaga Disiplin UMNO Malaysia.

“Saya hanya orang muda biasa dan ahli Pemuda yang tiada jawatan di peringkat Cawangan mahupun Bahagian.

“Apatah lagi, Presiden UMNO sudah meletakkan komitmen bahawa beliau menerima dengan hati terbuka terhadap apa jua kritikan radikal dalam kalangan ahli terutama orang muda,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, beliau berkata, rakyat Malaysia akan menilai tindakan-tindakan pemimpin Pemuda kerana terlalu menjaga diri mereka demi bertanding pada pemilihan akan datang.

“Mereka takut digantung oleh Presiden UMNO kerana bersuara menyampaikan pandangan bertentangan.

“Saya akan mendedahkan Bahagian mana yang membuat gerakan untuk menutup kebebasan bersuara ahli akar umbi,” dakwanya.

Dakwanya lagi, pihak tersebut merupakan orang yang sama menganiaya mantan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seremban, Zool Amali, sehingga beliau meletakkan jawatan dan kini menyertai PAS.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )