Sanggup ke kita bersekongkol dengan PH-DAP? – Onn Hafiz

Sanggup ke kita bersekongkol dengan PH-DAP? – Onn Hafiz

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz yang konsisten mahu Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi segera meletak jawatan sebagai Presiden UMNO, melontarkan persoalan adakah BN Johor sanggup bersekongkol dengan Pakatan Harapan (PH) dan DAP untuk bekerjasama.

Onn Hafiz yang juga Pengarah Operasi Pilihan Raya BN Johor berkata, ini kerana difahamkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dikatakan akan mengadakan pertemuan pada malam Isnin bagi membincangkan perkara itu.

“Saya dimaklumkan malam ni ada mesyuarat MKT (Majlis Kerja Tertinggi). Saya nak tanya orang UMNO Johor, sanggup ke kita bersekongkol dengan PH-DAP?’ soalnya di Facebook.

Menerusi entri tersebut, beliau turut memuat naik gambar pertemuan melibatkan antaranya Ahmad Zahid, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Mohamad Sabu dan pemimpin tertinggi BN lain.

Menerusi entri lain beberapa jam sebelum itu, Onn Hafiz berkata, Ahmad Zahid perlu meletak jawatan dan bukannya berunding dengan PH untuk membentuk kerajaan baharu di peringkat Persekutuan.

Dakwa Onn Hafiz, tindakan Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berunding dengan PH bagi menubuhkan kerajaan campuran sebagai tidak sah, sekiranya benar berlaku dan memintanya berjiwa besar dengan meletak jawatan segera.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )