Salahuddin dilantik Pengerusi PH Johor

Salahuddin dilantik Pengerusi PH Johor

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Datuk Seri Salahuddin Ayub dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor yang baharu, dalam Mesyuarat Pakatan Harapan (PH) Johor baru-baru ini.

Ahli Parlimen Pulai itu, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram, akan turut dibantu oleh tiga Timbalan Pengerusi iaitu Pengerusi AMANAH negeri Aminolhuda Hassan, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri Rafizi Ramli dan Pengerusi DAP negeri Liew Chin Tong.

Manakala jawatan Setiausaha pula dipegang Faizul Salleh (AMANAH), Bendahari oleh S. Gopalakrishnan (PKR) dan Ketua Penerangan disandang oleh Sheikh Umar Bagharib Ali (DAP).

PH Johor turut menyatakan kesiapsiagaan jentera parti untuk berdepan segala kemungkinan berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-15 yang boleh diadakan pada bila-bila masa.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )