RM3.5 juta disediakan KDN untuk layanan istimewa Najib di penjara?

RM3.5 juta disediakan KDN untuk layanan istimewa Najib di penjara?

“Apakah benar peruntukan sebanyak RM3.5 juta telah disediakan oleh pihak KDN untuk urusan Najib di penjara?”

Soalan itu diajukan sebagai respon kepada kenyataan Media Jabatan Penjara Malaysia bertarikh 21 September 2022 bertajuk “Kemudahan Rawatan Kesihatan kepada Banduan”.

Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Muhamad Fadzil Ahamad percaya bahawa kenyataan media tersebut adalah susulan dakwaan yang tular di media-media sosial sejak beberapa hari lepas berkenaan layanan istimewa yang diterima bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak yang sedang menjalani hukuman pemenjaraan di Penjara Kajang.

Kenyataan pihak Jabatan Penjara Malaysia tersebut juga seakan mengesahkan butir-butir peristiwa yang tular antara lain, dakwaan penglibatan Menteri Dalam Negeri yang menemui ‘Merpati’ (merujuk kepada Najib) untuk menyediakan peruntukan sebanyak RM50 ribu bagi kos ubah suai bilik dan selanjutnya peruntukan sebanyak RM3.5 juta lagi bagi urusan ‘Merpati’ tersebut meliputi kenderaan, kesihatan dan penempatan.

”Kami mendesak agar Menteri Dalam Negeri tampil memberikan penjelasan lanjut berhubung dakwaan-dakwaan lain yang tular seperti dinyatakan di atas, dan apakah benar peruntukan sebanyak RM3.5 juta tersebut telah disediakan oleh pihak KDN untuk urusan Najib di penjara?” soal beliau dalam satu kenyataan.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )