Ready, jumpa di gelanggang!!

Ready, jumpa di gelanggang!!

Najib di laman Facebooknya hari ini telah memuat naik sekeping gambar lengkap sarung tangan peninju, malah menunjukkan kesediaan untuk turun ke gelanggang malam ini.

“Ready (bersedia). Jumpa di gelanggang,” katanya.

Ia sebagai tanda kesediaan beliau menjelang program Debat Perdana antara bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada malam ini, kedua-dua figura itu menyatakan kesediaan untuk berentap menerusi hantaran di media sosial masing-masing.

Pada Rabu, Anwar turut membuka peluang kepada rakyat Malaysia mengemukakan soalan kepada Najib sempena program Debat Perdana antara kedua-dua tokoh politik tersebut pada Khamis.

Ujarnya, orang ramai boleh mengajukan soalan itu menerusi ruangan komen di akaun Twitter rasminya.

Kemuncak program debat pada minggu ini yang membabitkan Anwar dan Najib akan berlangsung di Auditorium MATIC pada jam 9 malam ini.

Semua persoalan akan menjurus kepada Sapura Energy Bhd dan berkemungkinan tentang masa depan Malaysia.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )