Ratusan tender dibolot sejak tujuh tahun lalu, kartel ditahan SPRM

Ratusan tender dibolot sejak tujuh tahun lalu, kartel ditahan SPRM

Tujuh individu termasuk ketuanya yang berusia 47 tahun dipercayai sindiket kartel memonopoli ratusan tender kementerian dan agensi kerajaan sejak tujuh tahun lalu ditahan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Penahanan terbabit dipercayai melumpuhkan sindiket kartel projek dan tender kerajaan dengan nilai projek dianggarkan mencecah RM3.8 bilion.

Dilaporkan, kartel terbabit memonopoli sebanyak 345 tender dari beberapa kementerian dan agensi kerajaan di seluruh negara dan dipercayai beroperasi sejak tahun 2014 sehingga sekarang.

Ketua sindiket berkenaan mengawal lebih 150 buah syarikat yang digunakan untuk memasuki tender atau sebut harga di kementerian dan agensi yang terbabit.

Beliau dikatakan mewujudkan 150 syarikat berbeza dengan menggajikan beberapa individu sebagai pengarah syarikat yang mana sebenarnya dimiliki beliau sendiri.

Modus operandi kartel ialah membayar rasuah kepada orang dalam untuk mendapat maklumat berhubung spesifikasi, harga siling, harga jabatan, jumlah penyertaan, kelayakan syarikat dan masa sesuai untuk menghantar borang tender dan sebut harga.

Taktik ‘mengepung harga’ iaitu dengan menyertai sesuatu tender dengan menggunakan sejumlah besar syarikat yang berada di bawah kawalan ketua sindiket. Syarikat terbabit akan memasuki tender mengikut harga berbeza berdasarkan harga siling ditetapkan.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )