Rasuah: Jumpa pegawai, jangan lapor guna surat layang

Rasuah: Jumpa pegawai, jangan lapor guna surat layang

Pengarah SPRM Negeri Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap menyeru pemberi maklumat agar tidak menggunakan surat layang sebaliknya tampil berjumpa dengan mana-mana pegawai badan berkenaan untuk menyalurkan maklumat lebih tepat.

Beliau memaklumkan, pihaknya menerima surat layang pada setiap bulan, namun kebanyakan maklumat yang diberikan tidak jelas dan terdapat surat yang dihantar kepada mereka tidak menyatakan maklumat yang diperlukan.

Menurutnya, maklumat yang tidak jelas yang disampaikan boleh menyebabkan pihaknya gagal meneruskan siasatan.

“Dalam tempoh sebulan, kami ada terima dua sehingga tiga surat layang. Pihak kami tidak mengabaikan surat-surat tersebut dengan membuat semakan terperinci bagi memastikan tidak berlaku penganiayaan atau mempergunakan SPRM.

“Kita menggalakkan mereka yang membuat surat layang ini agar tampil dengan menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai kami,” katanya.

Mengulas lanjut, Shaharom Nizam berkata, terdapat pelbagai kesalahan yang dilaporkan oleh pemberi maklumat melalui surat layang berkenaan.

“Pemberi maklumat tidak perlu bimbang untuk tampil bertemu dengan mana-mana pegawai kami kerana identiti mereka akan dirahsiakan oleh SPRM,” ujarnya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )