Rakyat pilih Anwar!!!

Rakyat pilih Anwar!!!

Institut Darul Ehsan (IDE) telah menjalankan pungutan pendapat yang dinamakan “Rakyat Malaysia Bersuara / Malaysians Speak” secara elektronik menerusi medium sebaran WhatsApp, Twitter, Facebook, Emel, laman sesawang dan Telegram yang dihubungkan kepada Sistem E-Survei IDE.

Menurut IDE, tinjauan ini melibatkan rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang bermula dari jam 4:00 petang hingga 12:00 tengah malam (8 jam) Sabtu, 24 Oktober 2020.

Sehingga jam 12:00 tengah malam seramai 51,147 orang responden (unique respondent) telah menyertai pungutan pendapat ini.

Keputusan survei menunjukkan majoriti rakyat menolak pengisytiharan darurat dan memilih Pengerusi PAKATAN HARAPAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia.

SOALAN (1):  Adakah anda bersetuju dengan pengisytiharan darurat?

Terdapat 22.61%  (iaitu 11,560 responden) menjawab ‘YA’, sementara itu 77.39%  (iaitu 39,587 responden) menjawab ‘TIDAK’.

SOALAN (2): Apakah pilihan terbaik untuk rakyat Malaysia?

Sebanyak 32.49% (iaitu 16,617 responden) memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai Perdana Menteri.

Namun, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pilihan 49.80% (iaitu 25,469 responden).

Hanya 17.71% (iaitu 9,061 responden) setuju Parlimen dibubarkan dan didadakan pilihan raya umum.

Berdasarkan analisis, IDE mendapati majoriti yang menyokong pengisytiharan darurat adalah mereka yang turut cenderung menyokong Muhyiddin Yassin untuk kekal sebagai Perdana Menteri.

Sementara itu, mereka yang menolak darurat, lebih cenderung memilih Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Maknanya, jika 51,147 orang responden unik ini boleh dianggap sebagai sampel yang mewakili populasi pengundi, maka pilihan rakyat untuk Perdana Menteri Malaysia ialah Anwar Ibrahim.

Keputusan ini tidak menghairankan memandangkan cara ‘DUA DARJAT’ Kerajaan PERIKATAN NASIONAL menangani pihak yang ingkar Standard Operating Procedure (SOP) COVID-19 oleh Kementerian kesihatan Malaysia.

Selain itu saiz XXXL (iaitu 70 orang Menteri) dalam kabinet dilihat gagal berfungsi secara cekap untuk menangani masalah rakyat.

Kerajaan PERIKATAN NASIONAL hilang kredibiliti dan dianggap tiada integriti oleh rakyat yang mahu keadilan dan kesamarataan di sisi undang-undang, khususnya berhadapan dengan pandemik COVID-19.

Makluman: Artikel ini tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi JOMChannel.Net

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )