Rakyat diminta kekal bertenang

Rakyat diminta kekal bertenang

Bekas Gabungan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) Integriti, Governan dan Anti Rasuah menerusi kenyataan meminta rakyat untuk kekal bertenang untuk menjalani situasi Parlimen yang tergantung dan dalam tempoh kompromi gabungan dilaksanakan oleh parti-parti politik.

Parlimen gantung adalah senario normal dalam sistem demokrasi berparlimen dan telah ditangani dengan baik oleh negara-negara lain.

Menurutnya, rakyat perlu yakin terhadap kematangan kepimpinan yang dipilih, mampu mencapai kata sepakat bagi membentuk kerajaan yang berfungsi demi kesejahteraan masyarakat.

“Sekalipun terdapat pelbagai spekulasi yang berlaku dalam tempoh ini, sebagai rakyat Malaysia kita harus meneliti dan memahami inti pati Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan berkaitan penentuan kerajaan baharu oleh Yang di-Pertuan Agong berdasarkan hasil rundingan parti-parti politik berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ujar kenyataan itu, sebagai gabungan yang sebelum ini mewakili Kumpulan Rentas Parlimen Malaysia–Integriti, Governan dan Anti Rasuah, mereka percaya pemilihan yang membawa kepada situasi hari ini membuktikan rakyat mempunyai pendirian berbeza dan matang dalam membuat pemilihan yang tepat.

Jelasnya, perbezaan itu bukanlah lambang ketidakstabilan, bahkan ia adalah situasi luar jangka yang membawa rakyat mengenali keunikan demokrasi.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )