Rakan Pengasas nafi wujud konspirasi jatuhkan Siti Bainun kerana cemburu

Rakan Pengasas nafi wujud konspirasi jatuhkan Siti Bainun kerana cemburu

Rakan Pengasas Rumah Bonda menafikan di Mahkamah Sesyen hari ini, bahawa wujud konspirasi untuk menjatuhkan Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali kerana sifat cemburu.

Saksi kelapan pendakwaan yang juga Pegawai Penyelidik Undang-undang di sebuah firma guaman, Suhana Zam berkata demikian ketika prosiding kes menganiaya Bella membabitkan Siti Bainun, di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

Ketika ditanya oleh Peguam, Nur A’minahtul Mardiah Md Nor yang mewakil Siti Bainun, sama ada saksi berusia 40 tahun itu bersama empat rakannya yang dikenali Hani Azura, Syira, Haiza dan Zurianty Sudin, 39, (saksi pendakwaan pertama) berkomplot, Suhana berkata tidak setuju.

Saksi itu juga menjawab tidak setuju dengan cadangan Peguam, bahawa dia dan tertuduh masih berkomunikasi dengan baik sehinggalah pada 11 Julai 2021.

Pada 20 Ogos 2021, Siti Bainun didakwa di Mahkamah Sesyen, sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kanak-kanak perempuan sindrom down berusia 13 tahun telah mengabaikan iaitu dengan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Pada 20 November 2021, Pengasas Rumah Bonda itu didakwa sekali lagi di mahkamah sama atas pertuduhan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom down berusia 13 tahun.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )