Pulih ekonomi, tugas penting Anwar

Pulih ekonomi, tugas penting Anwar

Pensyarah Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Zulkanain Abdul Rahman berkata, memulihkan ekonomi merupakan tugas utama yang sangat penting bagi Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang baru diumum sebagai Perdana Menteri ke-10.

Katanya, langkah pemulihan ekonomi penting diutamakan memandangkan ramai yang terjejas ekoran pandemik Covid-19.

“Satu tugas utama Anwar ialah pemulihan ekonomi. Ini keutamaan yang paling perlu diberi perhatian selain menangani inflasi.

“Kita kini berhadapan dengan peningkatan kos sara hidup dan masalah pengangguran.

“Pemulihan ekonomi ini sangat diperlukan kerana ada hubung kait dengan impak Covid-19 sebelum ini,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )