Pulau Pinang percaya kemampuan Anwar pulih negara

Pulau Pinang percaya kemampuan Anwar pulih negara

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, pihaknya bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan yang bakal dibentuk nanti sebagai satu pasukan.

Menurutnya, pelantikan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 dilihat dapat membangunkan Malaysia semula dan perlu diterima oleh semua rakyat dalam usaha untuk membangunkan semula negara.

Menurutnya, kerajaan negeri percaya dengan kemampuan Anwar untuk memimpin negara.

“Kerajaan negeri menyambut baik pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10 setelah lima hari seluruh negara ingin melihat sebuah kerajaan dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Negara memerlukan kebijaksanaan semua pihak bagi mencapai keputusan untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan yang masih menunggu pembentukan.

“Saya percaya keputusan yang akan disambut baik di Malaysia yang menganggap ini satu hala tuju daripada apa yang berlaku dalam PRU15,” katanya ketika ditemui di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini pada Khamis.

Beliau yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang berkata, kerajaan negeri percaya Anwar mempunyai rancangan untuk memantapkan sebuah pentadbiran negara.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )