Puas tumbangkan pengkhianat

Puas tumbangkan pengkhianat

Calon Pakatan Harapan (PH) daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rodziah Ismail berkata, saat paling menggembirakan apabila kedua-duanya dapat mengalahkan ‘pengkhianat’ di kerusi masing-masing dalam Pilihan Raya Umum ke-15.

“Saya dan Amiruddin sama-sama bekerja tapi yang paling menggembirakan kami, kalahkan pengkhianat di Ampang dan Gombak,” ciapnya di Twitter.

Pada Sabtu, Rodziah diumumkan menang di Parlimen Ampang sekali gus berjaya merampas semula kerusi tradisi parti itu dengan majoriti 29,681.

Exco Perumahan dan Kesejahteraan Bandar serta Pembangunan Usahawan Selangor itu memperoleh 56,754 undi jauh meninggalkan penyandangnya, Datuk Zuraida Kamarudin yang hanya memperoleh 4,589 undi.

Pada PRU14 lalu, Zuraida yang merupakan Naib Presiden PKR ketika itu memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 41,956 undi dalam saingan empat penjuru.

Sementara itu, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali gagal mempertahankan kerusi Parlimen Gombak yang disandang sejak 2004.

Mohamed Azmin yang juga bekas Timbalan Presiden PKR kecundang di tangan Amirudin yang juga merupakan anak didiknya pada PRU15 dalam pertembungan lima penjuru.

Amirudin memperoleh 72,267 undi dengan majoriti 12,729 undi, manakala Mohamed Azmin pula memperoleh 59,538 undi.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )