PRU15: Kabinet gagal capai kata sepakat

PRU15: Kabinet gagal capai kata sepakat

Menurut seorang Menteri kabinet yang tidak mahu mendedahkan identitinya, Menteri daripada BERSATU dan PAS adalah antara mereka yang membantah cadangan mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tahun ini.

Sebaliknya Menteri-menteri berkenaan mahu kerajaan memberi tumpuan kepada pengurusan banjir dan ekonomi terlebih dahulu.

Beberapa Menteri juga dilaporkan tidak bersetuju dengan mengadakan pilihan raya sebelum Bajet 2023 dibentangkan pada 7 Okt. Mesyuarat kabinet berlangsung semalam.

Bagaimanapun, Menteri kabinet daripada UMNO dikatakan menyokong supaya pilihan raya umum diadakan secepat mungkin.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong boleh membubarkan Parlimen atas nasihat Perdana Menteri.

Bagaimanapun, perlembagaan juga menyatakan bahawa Seri Paduka boleh tidak memperkenankan permohonan pembubaran itu.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, bahawa tiada keputusan mengenai ketetapan tarikh PRU15, dibincangkan semalam.

Sebaliknya, mesyuarat kabinet, katanya, hanya membincangkan persiapan pengurusan banjir dan pemulihan ekonomi.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )