PRU15 dalam masa terdekat?

PRU15 dalam masa terdekat?

Baru dua hari Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tamat, desas-desus mengenai kemungkinan berlakunya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan melibatkan keseluruhan negeri di Malaysia, sudah mula kedengaran.

Dengan penuh sombong dan bongkak, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan, menyatakan bahawa PRU15 wajar diadakan dalam masa terdekat dengan mengambil kira sentimen rakyat yang ketika ini dilihat memihak kepada gabungan tersebut dalam PRN Melaka.

Pada masa sama, beliau turut memaklumkan bahawa pandangan tersebut telah disuarakan kepada Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sejurus selepas BN diumumkan memenangi PRN Melaka pada Sabtu lalu.

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pada Isnin turut dilaporkan berkata, PRU15 wajar diadakan ekoran daripada momentum baik yang dimiliki oleh BN selepas berjaya memperoleh kemenangan mutlak dua pertiga kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )