PRU sempat sebelum banjir, dia nak jugakkkk!!!!

PRU sempat sebelum banjir, dia nak jugakkkk!!!!

Nampaknya pemimpin UMNO sah tiada perikemanusiaan. Sanggup berbuat apa sahaja, asalkan kuasa menjadi milik mereka. Peduli apa dengan nasib rakyat dan perut mereka, janji ahli politik UMNO boleh berkuasa dan memimpin negara.

Terkini!! Ketua Pemuda UMNO, Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki berpandangan kononnya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) masih sempat diadakan pada awal November ini bagi mengelak musim banjir yang diramal berlaku di penghujung bulan tersebut.

Menurut beliau, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai keupayaan melaksanakan PRU15 itu dalam tempoh empat minggu sekiranya Parlimen dibubarkan pada awal Oktober.

Ujarnya, berdasarkan rekod PRU14, pembubaran Parlimen dibuat pada 7 April 2018 dan SPR mengadakan pilihan raya umum tersebut pada 9 Mei 2018 iaitu kurang dari tempoh sebulan.

“Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan bahawa banjir besar bakal berlaku pada penghujung November 2022.

“Berdasarkan kepada rekod kerja SPR pada PRU lepas dan mengambil kira ramalan banjir masa kini, membuktikan kita masih sempat dan dapat mengadakan PRU sebelum musim banjir jika dewan dibubar awal Oktober,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Dia nak jugakkkkk!!! Itu ayat masyarakat sekarang kepada mereka yang dilihat ‘pelahap’, penting diri dan ‘gila kuasa’.

Daripada kenyataan tidak reti malu dan tiada perikemanusiaan ini, jelas menunjukkan kepada rakyat, bahawa UMNO bukan berjuang untuk rakyat, tetapi terdesak untuk menyelamatkan individu-individu tertentu sebelum ‘terlambat’.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )