Pru bila-bila masa, kami sudah bersedia- PKR

Pru bila-bila masa, kami sudah bersedia- PKR

Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersedia sepenuhnya sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan bila-bila masa.

Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, ia berikutan kemelut terbaharu yang melanda kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika ini.

Beliau berkata, ia juga susulan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu bersedia menarik semula sokongan terhadap PN serta memutuskan hubungan dengan kerajaan yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Jelas satu demi satu, hari demi hari malah jam demi jam kita lihat bagaimana krisis demi krisis melanda kerajaan PN.

“Lebih jelas lagi, bila Presiden UMNO (Ahmad Zahid) berkata, parti itu boleh tarik diri bila-bila masa (daripada menyokong kerajaan PN).

“Adakah stabil kerajaan kalau macam tu,” katanya pada sidang akhbar ketika hadir pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Keadilan Lembah Pantai pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada parti itu telah bersedia sekiranya PRU15 diadakan bila-bila masa.

Menurut Ahmad Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai itu lagi, tumpuan kini adalah ingin memperkukuhkan lagi parti.

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )