Projek berbilion ringgit PFI mirip 1MDB: TI-Malaysia desak kerajaan tubuh RCI

Projek berbilion ringgit PFI mirip 1MDB: TI-Malaysia desak kerajaan tubuh RCI

“Dana pencen dan persaraan kami bukanlah sumber pembiayaan untuk projek berisiko tinggi.”

Demikian respons yang diberikan Transparency International Malaysia (TI-Malaysia) tatkala menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal berbilion ringgit membabitkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Pembinaan PFI Sdn Bhd.

Presiden TI-Malaysia, Dr Muhammad Mohan berkata, ia perlu didedahkan secara telus kepada Parlimen bagi mengelakkan wujudnya sebuah lagi skandal seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd atau Sabah Watergate.

Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) sebelum ini menggesa kerajaan menjalankan siasatan segera berhubung dakwaannya mengenai pinjaman hampir RM30 bilion oleh syarikat kepunyaan Menteri Kewangan, Pembinaan PFI Sdn Bhd.

C4 baru-baru ini turut mendedahkan Pembinaan PFI Sdn Bhd, syarikat yang tidak mempunyai kakitangan pengurusan, dan hanya dikendalikan Pengarahnya sahaja mendapat pinjaman berjumlah RM30 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).

SPRM juga dilapor menyiasat syarikat itu pada 2018, susulan temu bual dengan Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming, namun tiada perkembangan berhubung siasatan sejak itu.

Dalam pada itu, Muhammad berkata, SPRM perlu membersihkan nama GLC itu dengan penemuan mereka jika siasatan mendapati tiada kesalahan dilakukan berbanding apa yang didakwa oleh C4 dalam penemuan mereka bahawa terdapatnya penggunaan sumber awam

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )