PRN Sarawak: PH bersedia

PRN Sarawak: PH bersedia

Pakatan Harapan (PH) mengumumkan kesiapsiagaan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak sekiranya darurat  ditamatkan lebih awal.

Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau optimis bahawa gabungan itu mampu memberi saingan sengit kepada Parti Gabungan Sarawak (GPS) dalam PRN12 nanti.

“Darurat di Sarawak akan tamat pada Februari tahun depan dan jika berkuat kuasa pilihan raya negeri perlu diadakan dalam tempoh 60 hari atau selewatnya April.

“Dari sekarang hingga April kita cuma ada enam bulan, namun kita tetap bersedia dengan sebarang kemungkinan sekiranya darurat tamat awal dan PRN12 diadakan lebih awal,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja dua hari ke Sarawak, kelmarin.

Saifuddin berkata beliau berpuas hati dengan laporan yang diberikan berhubung persiapan jentera pilihan raya di semua kawasan yang berpotensi untuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding.

“Saya turut memaklumkan kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan pertemuan dengan PKR Sarawak dan beliau (Anwar) juga berpuas hati,” ujarnya.

Saifuddin turut memberitahu di peringkat pusat tidak ada mana–mana dominasi parti tunggal jika terdapat kerjasama dengan parti-parti kecil dalam pilihan raya nanti.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )