Presiden UMNO jenis manusia tak prihatin

Presiden UMNO jenis manusia tak prihatin

Ahli Parlimen Tampin, Datuk Dr Hasan Bahrom, berkata kenyataan Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang sanggup meredah Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya diadakan pada musim banjir, jelas menunjukkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak prihatin terhadap kesusahan terpaksa dipikul mangsa bencana itu.

Katanya, Ahmad Zahid tidak seharusnya mengangkat kepentingan diri, sebaliknya selaku seorang yang pernah berjawatan tertinggi dalam pentadbiran kerajaan sebelum ini, hendaklah peka dan sensitif dengan kenyataan dibuatnya.

Beliau menegaskan yang keutamaan wajar diberi kepada persediaan banjir dan pengurusan mangsa bencana dan bukannya perebutan kuasa.

“Dalam keadaan genting apabila Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan jangkaan November nanti akan berlakunya banjir besar di beberapa negeri, menunjukkan bahawa PRU tidak patut diadakan dalam tempoh terdekat.

“Adakah Presiden UMNO melihat pertarungan mengambil kuasa lebih penting daripada membantu rakyat yang sedang dalam kesusahan?,” soalnya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )