Presiden MCA didesak letak jawatan!!

Presiden MCA didesak letak jawatan!!

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong didesak meletakkan jawatan susulan prestasi buruk parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi MCA Bahagian Mersing, Tan Ah Fatt berkata, Menteri Pengangkutan itu harus bertanggungjawab atas kegagalan dan memberi ruang kepada generasi baharu memimpin MCA.

“Masyarakat Cina hari ini jelas menyatakan pendirian mereka dalam PRU15 apabila menolak MCA, namun Presiden masih melanggar kehendak masyarakat Cina.

Tindakan itu hanya akan menghancurkan MCA. Paling menyedihkan, MCA yang mewakili kaum Cina di Malaysia hanya memenangi dua kerusi di 44 kawasan yang majoritinya bukan Cina. Keputusan diraih MCA pada PRU15 adalah sangat teruk.

“MCA Bahagian Mersing termasuk Pemuda MCA Bahagian Mersing dengan ini menggesa Presiden supaya mengambil tanggungjawab atas prestasi buruk parti dalam PRU15 dengan meletakkan jawatannya,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Sementara itu, Ah Fatt menyifatkan tindakan Presiden MCA meminta Setiausaha Agungnya mengeluarkan kenyataan sebagai melucukan apabila menggesa Pengerusi Barisan Nasional (BN), Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid, untuk berundur kerana kegagalan pada PRU15.

“Kenapakah Presiden tidak berani mengeluarkan kenyataan sendiri supaya Pengerusi BN meletak jawatan, sebaliknya meminta Setiausaha Agungnya menanggung beban?” soalnya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )