Potong que terima vaksin di Kelantan, saya akan siasat – Khairy

Potong que terima vaksin di Kelantan, saya akan siasat – Khairy

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin memandang serius isu memotong giliran senarai penerima vaksin.

Beliau juga telah memaklumkan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah agar isu itu ditangani dan tidak berulang lagi.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata pasukannya terus memantau komen pemberi maklumat di media sosial berkaitan memotong giliran mendapatkan vaksin.

“Pemberi maklumat boleh hantar e-mel secara ‘anonymous’ (tanpa nama) terus kepada saya kj@mosti.gov.my dan saya akan siasat,” katanya di Twitter.

Ahli Parlimen Rembau tersebut berkata demikian sebagai reaksi kepada aduan Dr Rafidah Abdullah yang menerima banyak pesanan berhubung isu potong giliran menerima vaksin itu.

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )