Potong gaji menteri tiga bulan je??

Potong gaji menteri tiga bulan je??

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan semua Menteri dan Timbalan Menteri tidak akan mengambil gaji selama tiga bulan mulai Jun ini.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan pakej bantuan Pemerkasa Plus bernilai RM40 bilion yang disiarkan di kaca televisyen malam tadi.

“Saya ingin memaklumkan tanda sokongan barisan Menteri dan Timbalan Menteri dengan tidak mengambil gaji selama tiga bulan mulai Jun 2021.

“Gaji yang tidak diambil ini akan disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Bencana sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan Covid-19,” katanya.

Pada Mac tahun lepas, kira-kira seminggu selepas pelaksanaan PKP1.0, langkah sama turut diambil dengan pemotongan dua bulan gaji Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri untuk disumbangkan kepada Tabung Covid-19.

Negara kini berada di bawah PKP3.0 yang bermula sejak 12 Mei lalu, kecuali di Sarawak (sejak 29 Mei), yang lebih longgar berbanding PKP1.0.

Walau bagaimanapun, suara rakyat tetap melahirkan rasa tidak puas hati kerana menurut mereka, sepatutnya tindakan ini sewajarnya dilakukan sejak setahun lalu dan bukannya baru sekarang.

“Tiga bulan sahaja?” Itu antara respon yang diterima daripada rakyat jelata.

Pendapat sedemikian lahir apabila kebanyakan para Menteri dan Timbalan mereka dilihat tidak berfungsi apa-apa sepanjang pemerintahan Perikatan Nasional dan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan serta pengisytiharan Darurat sehingga menggantung Parlimen.

Malahan kabinet XXXL ciptaan Muhyiddin juga dilihat jelas membazirkan wang rakyat dan perbelanjaan negara.

 

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )