Potong elaun dan gaji Menteri kabinet dengan kadar segera – Rafidah

Potong elaun dan gaji Menteri kabinet dengan kadar segera – Rafidah

Dalam menghadapi krisis ekonomi dan kos sara hidup rakyat, tiba masanya para Menteri, ahli kabinet dan Duta Khas diajar dengan pelbagai tindakan wajar oleh pihak kerajaan.

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz mencadangkan kerajaan mempertimbangkan pemotongan elaun dan gaji barisan Menteri kabinet sebanyak 20 peratus dengan kadar segera.

Menurutnya, langkah itu wajib diutamakan kerajaan bagi menunjukkan sifat empati terhadap rakyat negara ini tatkala mereka sedang bergelut mendepani cabaran krisis ekonomi ‘bertindih’ yang semakin parah, bermula dengan pandemik Covid-19 disusuli implikasi konflik Rusia-Ukraine.

Katanya, kerajaan sedia ada sepatutnya mencontohi pendekatan kabinet kerajaan zaman dahulu yang menjadikan inisiatif pemotongan elaun Menteri sebagai langkah penjimatan terawal sewaktu negara berdepan sebarang bentuk krisis.

Namun sayang sekali, dikhabarkan Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah FGV telah dinaikkan bayaran gaji sehingga RM480,000.00 setahun mulai hari ini.

Inikah yang dinamakan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat?

Para Menteri dan Duta Khas jelas sekali makan gaji buta di saat rakyat sedang menderita. Leher mereka dijerut, sedangkan para pemimpin sedang sumbat makanan lazat ke lubang tekak mereka.

Apa pun Admin doakan agar cadangan Rafidah diambil peduli oleh kerajaan Keluarga Malaysia. Admin dah penat.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )