Politik Nilai diangkat, tolak rasuah & salahguna kuasa – Anwar

Politik Nilai diangkat, tolak rasuah & salahguna kuasa – Anwar

Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sebarang usaha mengembalikan mandat rakyat mestilah berpaksikan keutamaan mempertahankan maruah bangsa dan negara tanpa menggadaikan prinsip perjuangan dan idealisme.

Beliau menzahirkan rasa syukur atas kejayaan menyelamatkan negara ini daripada diisytiharkan darurat dan sekali lagi saya meluahkan rasa terima kasih ke atas keprihatinan Raja-Raja Melayu mempertahankan keluhuran Perlembagaan daripada penyalahgunaan kuasa pemerintah.

Presiden KEADILAN berkata, Peringatan dan penegasan Raja-Raja Melayu terkait penyalahgunaan kuasa dan prinsip keadilan tidak harus dipandang enteng, malah harus didukung oleh semua pihak yang punya kesedaran dan kejituan dalam menolak kebobrokan.

KEADILAN akan terus memperjuangkan agenda reformasi berpaksikan prinsip keadilan dan kesejahteraan untuk seluruh rakyat Malaysia.

Kami sedia bekerjasama dengan mana-mana ahli politik yang mendambakan sebuah tatanan yang bebas daripada rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta mengangkat politik nilai.

Sementara itu, berkenaan Belanjawan 2021 yang akan dibentang kelak, Ahli Parlimen Port Dickson itu menegaskan harus menggembleng usaha dan peranan kedua-dua pihak (bipartisan) yakni kerajaan dan pembangkang.

Ia penting bagi perencanaan strategi yang ampuh dalam menangani dampak pandemik COVID- 19, pengangguran dan juga masalah kemiskinan.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )