PN tekad main peranan semak imbang

PN tekad main peranan semak imbang

“PN akan memainkan peranan semak dan imbang dalam Parlimen dengan membawa suara rakyat selaras dengan prinsip demokrasi berparlimen.”

Demikian kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin yang menegaskan gabungan itu akan memainkan peranan semak dan imbang di Parlimen.

Selain itu Mahiaddin berkata, PN akan meneruskan perjuangan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara berpandukan prinsip prihatin, bersih dan stabil.

“Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang telah dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 dengan Kerajaan Persekutuan diterajui oleh Pakatan Harapan (PH),” katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

Perkembangan ini susulan kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan pada Jumaat yang memaklumkan parti itu akan mengadakan pertemuan bersama parti komponen PN bagi membincangkan tawaran Anwar untuk menyertai Kerajaan Perpaduan.

Takiyuddin dilaporkan berkata, PAS juga akan meninjau pandangan dan kesediaan rakyat khususnya pengundi sebelum memuktamadkan sebarang keputusan.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )