PN menjarah aset negara, lebai PAS hanya tahu angguk!

PN menjarah aset negara, lebai PAS hanya tahu angguk!

Dalam hanya 7 bulan memerintah, kerajaan pintu belakang Perikatan Nasional (PN) telah menjual RM8.03 bilion aset Khazanah Nasional dalam tempoh bulan Mac hingga September 2020, ataupun secara purata RM1.15 bilion setiap bulan.

Perkara ini telah didedahkan di Parlimen berikutan soalan yang diajukan oleh YB Dato’ Mahfuz Omar. Yang peliknya, semua pemimpin PN terutama PAS terus membisu seribu bahasa.

Kalau dahulu, puak-puak ini sudah pasti bising dan lantang mengkritik Pakatan Harapan (PH). Namun sekarang, tidak ada pula kenyataan menentang tindakan PN “menjarah aset-aset negara”. Inilah sikap hipokrasi PAS yang tidak istiqamah dengan perjuangan.

Sejak merampas pentadbiran kerajaan melalui pintu belakang pada bulan Februari 2020, antara aset Khazanah yang telah dijual oleh PN adalah pegangan ekuiti dalam Tenaga Nasional Bhd, Telekom Malaysia Bhd, Aemulus Holdings Bhd dan Malaysian Genomics Resource Centre Bhd.

Dalam kes Aemulus, Khazanah telah menjual kesemua pegangannya pada 24 Julai 2020. Menariknya, harga saham Aemulus telah meningkat lebih 100% selepas Khazanah keluar daripada syarikat tersebut.

Bukan itu sahaja, berdasarkan laporan media, Khazanah bakal menjual syarikat pembuat wafer semikonduktor SilTerra Malaysia Sdn Bhd yang dimiliki 100% oleh kerajaan Malaysia. Tindakan menjual aset-aset ini bukanlah negatif semata-mata, jika ia dapat mengukuhkan kedudukan kewangan syarikat dan hala tuju pelaburan.

Tindakan inilah yang dilakukan oleh PH dahulu. Dalam usaha untuk mengurangkan beban hutang Khazanah sebanyak RM55 bilion yang ditinggalkan Barisan Nasional (BN), PH telah melaksanakan pelan rasionalisasi aset-aset tidak strategik.

Hasilnya, hanya dalam setahun, liabiliti Khazanah berjaya dikurangkan sebanyak RM10 bilion. PH bukan menjual aset semata-mata, tetapi dana baharu telah diwujudkan untuk Khazanah melabur dalam pelaburan-pelaburan baharu yang berpotensi tinggi selaras dengan matlamat asalnya.

Tindakan kerajaan PN meneruskan penjualan aset-aset terpilih Khazanah membuktikan strategi PH adalah tepat.

Ini menunjukkan PH melaksanakan tadbir urus korporat yang cekap. Sebaliknya, ia membuktikan segala tohmahan Pas dan Umno terhadap PH sebelum ini adalah salah dan gendang politik semata-mata.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )