PN kena ‘carut’ dengan UMNO

PN kena ‘carut’ dengan UMNO

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan, menegaskan, tiada keperluan untuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) baharu dari Perikatan Nasional (PN) dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka.

Katanya, BN tidak berada dalam kedudukan yang memerlukan parti itu untuk membawa masuk dua ADUN PN sebagai ahli Exco dalam pembentukan kerajaan negeri Melaka.

“Kalau bertanding tidak bersama, takkan bila menang mahu ‘makan bersama’? Saya mahu tanya apa keperluannya?” beliau mengajukan pertanyaan sinis.

Untuk rekod, keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menyaksikan BN menguasai 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Pakatan Harapan (PH) dan PN masing-masing lima dan dua kerusi.

Mengulas lanjut, Tok Mat yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, bukan menjadi satu hal yang canggung jika persefahaman dan kerjasama antara parti berlaku di peringkat Persekutuan namun tidak pula di peringkat negeri.

Kerajaan negeri Melaka belum memutuskan kedudukan dua ADUN baharu PN sama ada akan menyertai barisan Exco atau sebaliknya.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, Barisan Nasional BN akan melakukan perbincangan bersama pucuk pimpinan sebelum membuat keputusan.

Menurutnya, PRN Melaka menyaksikan BN bertanding solo walaupun pentadbiran pusat masih di bawah kerjasama PN.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )