PN atau BN: PAS akan beri keputusan muktamad dalam masa terdekat

PN atau BN: PAS akan beri keputusan muktamad dalam masa terdekat

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin, berkata PAS akan memuktamad hala tuju sama ada mengekalkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) atau masih ada persefahaman dengan UMNO, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Katanya, bayangan itu diberikan oleh Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada pertemuan dengan kepemimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

“Saya diberikan bayangan mungkin dalam tempoh terdekat PAS akan buat satu keputusan muktamad mengenai hala tuju di masa hadapan dalam PN atau sama ada apa lagi usaha yang nak dibuat dengan UMNO.

“Dia akan buat keputusan muktamad mungkin tempoh masa yang mereka kata tidak ada kaitan dengan UMNO,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya menyerahkan kepada PAS untuk membuat keputusan berikutan tidak mahu PN yang diasaskan bersama PAS dilihat sebagai tidak kukuh, dan perlu mempunyai pendirian yang senada.

Malahan, tambah beliau, dalam soal kerjasama politik, UMNO sudah menyatakan pendirian enggan bekerjasama dengan BERSATU dan pihaknya akan menentang sesiapa saja yang tidak sehaluan dengan PN dalam PRU15.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )