PM tak tahu malu-hilang sokongan, enggan letak jawatan!

PM tak tahu malu-hilang sokongan, enggan letak jawatan!

Perdana Menteri PERIKATAN NASIONAL, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah sah hilang sokongan Ahli Parlimen Kerajaan, tetapi masih berdegil enggan meletakkan jawatan, kata Pengerusi Biro Undang-undang (Kanun) AMANAH, Mohamed Hanipa Maidin.

Beliau mengimbas kembali kemarahan rakyat terhadap bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dan Dato’ Seri Najib Razak atas pelbagai alasan.

Tapi, untuk bersikap adil kepada Tun Dr Mahathir, beliau menjadi Perdana Menteri  melalui pilihanraya dengan mandat rakyat, kata Hanipa.

“..tak pernah tebuk atap dan tak pernah cuba kekal berkuasa melalui darurat. Malahan sanggup LETAK JAWATAN PM ketika kedudukan politiknya sedang berada di posisi yang paling selesa (masa kali pertama) dan bila rasa beliau tidak ada lagi majoriti (masa kali kedua),” ujarnya dalam kenyataan di Facebook.

Menurut beliau Najib pula berhadapan dengan isu kleptokrasi dan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tetapi beliau masih berani membuat pilihan raya bagi mendapatkan mandat rakyat untuk kekal berkuasa.

“dan bila kalah Pilihan Raya Umum ke-14, beliau mengaku kalah dan SERAH KUASA walaupun beliau sedar dan tahu ianya amat berisiko tinggi hingga boleh didakwa dan terdedah macam-macam,” kata Hanipa lagi.

Beliau menggelar Muhyiddin sebagai Perdana Menteri TEBUK ATAP yang tidak pernah ada mandat rakyat untuk menubuhkan Kerajaan.

“KHIANAT mandat rakyat, beli kesetiaan dengan pelbagai pelantikan itu dan ini,” ujarnya.

Kata Hanipa, Muhyiddin melantik agamawan sebagai anggota kabinet dan membesarkan saiz kabinet.

Muhyiddin juga menghidupkan balik unit propaganda BARISAN NASIONAL, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) serta melaksanakan undang-undang dua darjat.

“Kini minta darurat sekali lagi dan berjaya dapat atas alasan Covid -19 kononnya walau baru isytihar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Dah mula hilang sokongan MP dari pihak gomen tapi masih ketegaq TAK MAHU LETAK JAWATAN!

“Shame on you, PM Tebuk Atap,” tegas bekas Timbalan Menteri Undang-Undang itu.

Sebelum ini Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Razaleigh Hamzah dilaporkan menarik sokongannya terhadap kerajaan PERIKATAN NASIONAL.

Langkah itu dituruti oleh Ahli Parlimen Padang Rengas Dato’ Seri Mohamed Nazri Aziz yang secara rasmi mengumumkan beliau menarik balik sokongan ke atas Muhyiddin.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )