PM sekarang orang UMNO, ambillah tindakan!!

PM sekarang orang UMNO, ambillah tindakan!!

Dato’ Seri Anwar Ibrahim berbesar hati menyokong usaha membuka kembali siasatan berkaitan kerugian berjumlah RM31.5 bilion dalam ‘skandal forex’ atau tukaran wang asing membabitkan Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1990-an.

Ketua Pembangkang itu berkata, beliau tidak ada masalah sekiranya Peguam Negara mahu membuka kes itu sekarang dan terserah kepada kerajaan hari ini untuk membuat keputusannya.

“Pendirian saya jelas, kalau esok boleh bercakap dengan Perdana Menteri, sila beritahu Peguam Negara buka siasatan terbuka. Saya tiada masalah.

“Ini beza saya dengan Dato’ Sri) Najib Razak. Saya tidak mahu ada mana-mana kes di mana ahli politik menggunakan jentera politik dan kerajaan untuk menutup kes dan mendera orang,” katanya ketika menjawab soalan diajukan bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak ketika program Debat Perdana malam tadi.

Program disiarkan secara langsung di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) itu menyaksikan Anwar yang juga Presiden PKR berkongsi pentas bersama Najib.

Sementara itu, Anwar berkata negara boleh jahanam jika masalah rasuah dalam negara tidak diselesai dengan menyeluruh.

“Jangan gunakan alasan apa yang menghalang Peguam Negara membuka semula kes.

“Ini saya selalu sebut di Parlimen, ia digunakan sebagai alasan kononnya mantan Ketua SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan Perdana Menteri, keputusan mereka itu menghalang kita.

“Perdana Menteri sekarang UMNO, ambillah tindakan,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )