Plot wayang menjengkelkan UMNO sudah dijangka

Plot wayang menjengkelkan UMNO sudah dijangka

Dengan ‘popcorn’ atas meja, wayang UMNO yang penuh dengan aksi tidak matang pemimpinnya menjadi cemuhan rakyat kerana plot ceritanya telah dapat diteka. Sah, gagal pecah panggung!

Majlis Tertinggi (MT) Umno malam tadi membuat keputusan, Mesyuarat Agung Umno pada 31 Januari ini akan membincangkan segala usul yang diputuskan oleh mesyuarat Umno bahagian.

Dalam satu kenyataan bertulis yang dibuat oleh Ketua Penerangan Umno sebaik sahaja selesai mesyuarat MT malam tadi, mereka juga mengambil keputusan untuk berbaik-baik dengan Pas walaupun Umno Terengganu dan Kelantan sudah menolak Pas dalam usul berapi-api mereka.

Hanya Umno Terengganu sahaja masih berani melawan tekanan yang dibuat ke atas mereka tetapi yang lain-lain masih juga tergila-gila kepada Pas walau parti itu berskandal dengan Bersatu.

Bagi mereka, Umno takut kehilangan kuasa yang mereka nikmati sekarang dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan mereka juga takut tindak balas dari PN.

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan dalam kenyataan tiga muka suratnya malam tadi berkata, MT telah mengambil keputusan untuk membawa semua usul ke mesyuarat agung tahunan setelah mempertimbangkan semua usul yang dikemukakan oleh 189 bahagian parti.

Mesyuarat juga memperhalusi semua usul yang dibangkitkan oleh 189 bahagian-bahagian Umno yang telah bersidang di seluruh Malaysia.

Sementara itu, Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang mengkritik tindakan ahli politik kerajaan yang dianggap begitu taksub mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) hanya kerana mahu merebut kembali kuasa demi membolehkan pemimpin mereka dilepaskan dari hukuman penjara.

Sedangkan katanya, ketika ini segala usaha perlu ditumpukan kepada gerakan mengatasi penularan pandemik Covid-19 yang semakin tidak terkawal dan mencari jalan meminimumkan kes kematian akibat wabak berkenaan.

Pada masa sama katanya, Kabinet Muhyiddin juga seolah-olah lepas tangan apabila enggan mengadakan sidang khas Parlimen untuk mengatasi gelombang ketiga Covid-19 yang mungkin akan mengatasi negara Myanmar minggu ini.

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )