PKR gesa buka Parlimen demi rakyat

PKR gesa buka Parlimen demi rakyat

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengulangi gesaan agar Parlimen segera bersidang bagi membolehkan isu berkaitan rakyat dalam tempoh pandemik ini segera diselesaikan.

“Sudah hampir setengah tahun Parlimen tidak bersidang sejak sesi yang berakhir pada 15 Disember tahun lepas.

“Walaupun satu kenyataan istana pada Mac tahun ini bahawa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk mengizinkan Parlimen bersidang, tetapi ia kekal ditutup oleh pentadbiran atas alasan darurat,” katanya.

Jelasnya, disebabkan Parlimen tidak bersidang menyebabkan isu-isu rakyat tidak dapat dibahaskan dengan tuntas.

“Isu ekonomi, kesihatan mental rakyat, keganasan rumahtangga, anak-anak dan isteri maut di tangan pengasuh dan suami, isu pendidikan kita juga terus menjadi tumpuan tetapi dilihat tiada tanda-tanda penyelesaian diambil,” katanya.

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )