PKR ‘berpatah arang berkerat rotan’ dengan Azmin

PKR ‘berpatah arang berkerat rotan’ dengan Azmin

Hanya mereka yang hilang akal sahaja yang akan bekerjasama dengan figura politik murahan bernama Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali. Ibarat kata, berpatah arang berkerat rotan dengan pengkhianat mandat rakyat dan demokrasi negara ini.

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil berkata, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR memutuskan parti itu tidak akan berbincang atau bekerjasama dengan Menteri Kanan (Ekonomi), Azmin Ali.

Perkara itu katanya, merupakan antara pendirian yang diputuskan dalam mesyuarat MPP malam tadi.

Beliau berkata, anggota parti menganggap Azmin yang juga bekas Timbalan Presiden PKR sebagai antara punca utama menyebabkan berlakunya pengkhianatan ‘Langkah Sheraton’.

Berhubung Pemilihan 2022, Fahmi memaklumkan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) akan mengumumkan secara rasmi saf kepimpinan yang baharu Cabang serta pimpinan utama PKR selepas selesai seluruh proses aduan dan audit.

“Saf kepimpinan baharu ini perlu bergerak pantas, sederap dan dalam satu pasukan yang kukuh bagi menghadapi musuh-musuh politik PKR pada PRU15,” ujarnya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )