PKR berani buat pemilihan parti, bukan macam UMNO!!

PKR berani buat pemilihan parti, bukan macam UMNO!!

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berpandangan, Parti Keadilan Rakyat (PKR) lebih yakin dan berani berbanding UMNO kerana mengadakan Pemilihan PKR 2022 sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Keberanian itu katanya, tidak ada dalam UMNO yang mengemukakan pelbagai alasan dan tindakan untuk mengelak daripada mengadakan pemilihan UMNO sebelum PRU15.

“Di kala Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhempas pulas untuk mengatur strategi supaya pemilihan UMNO diadakan selepas PRU15, tetapi Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak bimbang akan kedudukannya dicabar.

“Beliau juga tidak bimbang akan perpecahan parti sekalipun pemilihan parti dilakukan sebelum PRU15. Dalam hal ini, Anwar muncul bukan sahaja sebagai seorang demokrat yang percaya pada mandat anggota, tetapi mencerminkan idealisme reformasi yang diperjuangkannya selama ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga bekas Pengerusi PKR Johor berkata, selepas proses pemilihan itu diyakini kepimpinan PKR akan lebih kompak dan bersatu.

Menurutnya, ini termasuk pertandingan antara dua calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Rafizi Ramli yang dilihat tidak akan memecahbelahkan parti.

Tambahnya, pertandingan itu tidak melibatkan pertentangan ideologi dan hanya perbezaan strategi PKR dalam menghadapi PRU15.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )