PH terus meragui PN, Langkah Sheraton tidak akan dilupa

PH terus meragui PN, Langkah Sheraton tidak akan dilupa

Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata Pakatan Harapan (PH) tidak membuka pintu rundingan dengan Perikatan Nasional (PN) sejak awal dan keputusan itu masih kekal.

Ternyata PH yang masih ‘terluka’ dengan BERSATU yang mengkhianati gabungan itu sebelum ini menyebabkan tidak ada rundingan bersama PN menjelang Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15).

“Benda itu sangat jelas sebab Pengerusi PH sudah menjelaskan lebih awal dan kita hanya mengulangi apa yang beliau sebutkan bahawa tiada perundingan dengan PN.

“Disebabkan itu, ditambah pengkhianatan yang dibuat terutama oleh BERSATU sebelum ini, menimbulkan pelbagai keraguan terhadap PN,” katanya.

BERSATU sebelum ini pernah menjadi komponen PH tetapi keluar daripada PH menyebabkan kerajaan pimpinan gabungan itu tumbang selepas 22 bulan menang dalam PRU14 dalam krisis politik yang dinamakan ‘Langkah Sheraton’.

Ditanya sama ada PH akan bekerjasama dengan PN pasca PRU15 sekiranya tiada mana-mana parti memperoleh majoriti, Mujahid berkata, AMANAH masih berpegang kepada pendirian seperti yang dijelaskan oleh Anwar.

“Itu jika kita bercakap soal pasca pilihan raya, jadi itu cerita selepas pilihan raya,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )